Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB BERHAD RECEIVES RM 189.35 MILLION CONTRACT TO BUILD INDUSTRIAL UNITS

Download PDF

MGB BERHAD RAIH KONTRAK RM 189.35 JUTA 

BAGI PEMBINAAN BANGUNAN PERINDUSTRIAN


 

SELANGOR, 27hb Mei 2024 – MGB Berhad (“MGB” atau Kumpulan), penyedia solusi perkhidmatan dan pembangunan hartanah serta subsidiari LBS Bina Group Berhad, sukacita mengumumkan pada hari ini, bahawa anak syarikatnya, MGB Construction & Engineering Sdn Bhd telah menerima surat lantikan bernilai RM 189.35 juta (“Kontrak”) daripada Anuar Aziz Architect bagi pihak Kemudi Ehsan Sdn. Bhd. bagi projek pembangunan di Lot 4295, Mukim Ijok, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.

 

Kontrak ini terdiri daripada lima fasa unit perindustrian dan infrastruktur, dan merupakan sebahagian daripada perbandaran LBS Alam Perdana, yang akan merangkumi 112 unit teres industri satu tingkat kos rendah, 96 unit kilang teres dua tingkat, 116 unit kilang berkembar tiga tingkat dan infrastruktur yang terdiri daripada binaan 13 unit pencawang elektrik, 1 stesen suis utama serta kolam tadahan. MGB akan memanfaatkan 15 tahun pengalamannya dalam bidang pembinaan untuk menyiapkan projek ini, yang dijangka bermula pada 27hb Mei 2024 untuk tempoh lapan belas (18) bulan.

 

Kontrak ini akan meningkatkan nilai buku pesanan pembinaan tertunggak MGB sedia ada kepada RM 1.38 bilion, dengan jualan hartanah belum dibilkan sebanyak RM 0.75 bilion setakat 30hb April 2024. Berdasarkan keputusan positif Q1 2024 yang diumumkan pada 16 Mei 2024, dan telah dinilai oleh pihak ‘RHB Research’ untuk mengekalkan “Buy” serta keputusan ‘Public Invest Research’ untuk mengekalkan panggilan “Outperform”, MGB menyasarkan untuk kekal kukuh, berdasarkan rekod pencapaian 2023.

 

Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San mengulas, “Kontrak ini akan memberikan MGB pendapatan yang stabil pada tahun-tahun yang akan datang. Di samping kepakaran dan pengalaman MGB dalam pembangunan hartanah, kami teruja untuk membangun dan membina unit perindustrian di perbandaran Alam Perdana sekali gus meningkatkan rekod prestasi MGB untuk projek bukan kediaman. Ini selaras dengan matlamat MGB untuk terus meneroka pelbagai peluang di Malaysia dan peringkat antarabangsa. 

 

Selain itu, MGB turut berhasrat untuk meningkatkan pengalamannya dalam membangunkan hartanah kediaman, komersial dan perindustrian secara serentak dan aktif mengambil bahagian dalam pemilihan tender yang melibatkan projek pembangunan bercampur di samping secara konsistennya  cuba untuk mendapatkan projek yang akan menggunakan kekuatan utama MGB, seperti panel konkrit pratuang Sistem Binaan Berindustri (IBS). Walau bagaimanapun, di sebalik prospek yang positif, kami optimis dan mengambil pendekatan berhati-hati di dalam memberikan hasil yang diinginkan oleh para pemegang saham MGB bagi tahun 2024.”

-Tamat-

MGB BERHAD RECEIVES RM 189.35 MILLION CONTRACT TO BUILD INDUSTRIAL UNITS