Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB BAGS ITS FIRST AWARD AT THE EDGE MALAYSIA CENTURION CLUB AWARDS 2024

Download PDF

MGB RAIH ANUGERAH PERTAMANYA DI  ‘THE EDGE MALAYSIA CENTURION CLUB AWARDS’ 2024


 

SELANGOR, 23 Julai 2024 – MGB Berhad (“MGB” atau “Kumpulan”), penyedia solusi perkhidmatan dan pembangunan hartanah serta anak syarikat LBS Bina Group Berhad, sukacitanya mengumumkan anugerah yang diraih bagi “Keuntungan Tertinggi Selepas Cukai dalam Tiga Tahun” di bawah sektor pembinaan di malam anugerah ‘The Edge Malaysia Centurion Club Awards’ 2024. Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan, Dato’ Beh Hang Kong telah menerima anugerah tersebut bagi pihak MGB di M Resort & Hotel, Kuala Lumpur.

Anugerah ini merupakan bukti kepada prestasi kewangan cemerlang MGB yang dinilai sepanjang tempoh tiga tahun dari 2021 hingga 2023 serta pendapatan yang memberangsangkan, iaitu sebanyak RM 971.8 juta. MGB turut mencapai keuntungan selepas cukai (“PAT”) tertinggi sebanyak RM 50.5 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (“FYE2023”), iaitu peningkatan cemerlang 89.8% dari RM 26.6 juta pada FYE2021 dan kadar pertumbuhan tahunan berganda selama 2 tahun sebanyak 37.8%. Pendapatan per saham pula meningkat kepada 8.1 sen daripada 5.2 sen pada FYE2021.

MGB bukan sahaja memperolehi pendapatan dan PAT tertinggi, tetapi juga berjaya menyiapkan lebih daripada 25,000 projek hartanah di seluruh negara, dipacu oleh Teknologi Berpandukan Nilai (VaDTech) dan teknologi konkrit pratuang Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang inovatif. Pengiktirafan ini membuktikan komitmen MGB yang tidak berbelah bagi untuk menyediakan nilai dan keunggulan kepada pihak berkepentingannya, di tengah-tengah landskap pasaran yang kompetitif dan mengukuhkan lagi keupayaannya untuk mencapai pertumbuhan perniagaan yang konsisten dan mampan.

Prestasi cemerlang MGB pada FYE2023 mengukuhkan komitmen Kumpulan terhadap nilai pemegang saham. Ini diterjemahkan terus melalui ganjaran untuk para pemegang saham dengan dividen, sekaligus mengekalkan rekod pembayaran konsisten, selaras dengan dasar dividen yang ditetapkan untuk pengagihan, iaitu sekurang-kurangnya 20% daripada keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti berdasarkan keuntungan biasa.

Sehingga 30 Jun 2024, MGB mempunyai buku tempahan pembinaan yang positif sebanyak RM 1.3 bilion, dan jualan pembangunan hartanah yang belum dibilkan sebanyak RM 710.6 juta yang bakal menjamin pendapatan untuk tempoh 3 tahun akan datang.

Sebanyak tiga puluh enam (36) anugerah telah disampaikan kepada dua puluh tujuh (27) syarikat merentasi dua belas (12) sektor pada majlis The Edge Malaysia Centurion Club Awards 2024, diadili oleh The Edge Malaysia dan Asia Analytica, manakala keputusan rasmi diaudit sepenuhnya oleh Deloitte.

Mengulas mengenai anugerah tersebut, Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, “Kami berbesar hati menerima anugerah pertama kami di The Edge Malaysia Centurion Club Awards. Pengiktirafan ini menyuntik semangat kami untuk terus mencapai kecemerlangan dan menghasilkan keputusan yang membanggakan. Di sebalik cabaran, anugerah ini merupakan pengesahan terhadap keputusan strategik dan fokus kami yang tidak berbelah bagi terhadap kecekapan operasi. Dengan fokus utama kepada penggunaan amalan pembinaan yang inovatif dan mampan, MGB terus menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi, yang seterusnya memacu pertumbuhan perniagaan jangka panjang dan memaksimumkan pulangan pemegang saham.”

-Tamat-

MGB BAGS ITS FIRST AWARD AT THE EDGE MALAYSIA CENTURION CLUB AWARDS 2024