Malaysian Generations Builder
Get A Quote

SELANGOR CHIEF MINISTER LEADS KEY HANDOVER CEREMONY AT MGB’S RUMAH IDAMAN MELUR

Download PDF

MENTERI BESAR SELANGOR RASMI MAJLIS

PENYERAHAN KUNCI RUMAH IDAMAN MELUR OLEH MGB


SELANGOR, 3 Julai 2025 – Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor di bawah seliaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), dengan kerjasama MGB Berhad (“MGB”), penyedia solusi perkhidmatan pembinaan dan pembangunan hartanah, anak syarikat LBS Bina Group Berhad (“LBS”), mengadakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Idaman Melur di Cybersouth, Selangor.

Terletak di Cybersouth, Rumah Idaman Melur merupakan projek kedua daripada enam projek Rumah Idaman MBI oleh MGB, di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk menawarkan kediaman mampu milik kepada rakyat Negeri Selangor di lokasi-lokasi strategik yang menawarkan aksesibiliti yang baik serta kemudahan serba lengkap.

Rumah Idaman Melur, sebuah pembangunan strategik menawarkan akses mudah ke pelbagai lebuh raya utama termasuk ELITE dan MEX. Dibangunkan di atas tanah seluas 12.07 ekar, projek ini merangkumi dua blok apartmen setinggi 23 tingkat dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) dianggarkan sebanyak RM406 juta. Idaman Melur menampilkan sejumlah 1,448 unit kediaman yang dilengkapi dengan penyaman udara, peti sejuk, almari pakaian, kabinet dapur, televisyen, kabinet TV serta pemanas air. Projek ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas dan dikelilingi oleh kehijauan semua jadi yang menyumbang kepada suasana kediaman yang tenang dan harmoni.

Enam projek Rumah Idaman MBI yang merangkumi sejumlah 7,210 unit kediaman mampu milik ini dibina menggunakan Sistem Konkrit Tetuang (IBS) dan dibangunkan oleh Konsortium PNSB Construction Sdn Bhd, anak syarikat kepada PNSB, bersama MGB. Kesemua pembangunan Rumah Idaman MBI terdiri daripada unit kediaman bertingkat tinggi yang ditawarkan pada harga bermula RM250,000, dengan setiap unit menampilkan tiga bilik tidur dan dua bilik air berkeluasan binaan minimum 1,000 kaki persegi.

Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, dan turut disaksikan oleh tetamu kehormat, antaranya, YB Datuk Hajah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Merangkap Ahli Parlimen Sepang, YB Datuk Borhan Aman Shah, Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor; YBhg. Dato’ Johary Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri bagi Pembangunan; YBhg. Dato’ Dr TPr. Dr. Juhari Ahmad, Pengarah Eksekutif LPHS; YBhg. Dato’ Ts. Saipolyazan Mat Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif MBI; YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Ir (Dr) Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group Berhad; YBhg Datuk Wira Lim Hock Guan, Pengarah Urusan Kumpulan MGB Berhad, YBrs. Tuan Khairi Azali Ibrahim, Pegawai Daerah Sepang dan YBrs. Tuan Muhamad Shah Osmin, Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang.

Tan Sri Dato’ Sri Ir (Dr) Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group Berhad, berkata, “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor menerusi inisiatif Rumah Idaman MBI, satu inisiatif prihatin untuk menyediakan sehingga 30,000 kediaman mampu milik kepada rakyat Selangor. Kerjasama pintar antara sektor awam dan swasta ini mencerminkan komitmen bersama dalam menyediakan kediaman berkualiti, lengkap dengan kemudahan, dan mesra pengguna. Projek Rumah Idaman yang dibangunkan oleh MGB menggunakan teknologi konkrit pratuang IBS canggih yang dibangunkan secara dalaman, yang turut digunakan di peringkat antarabangsa, termasuk dalam projek kami di Jeddah, Arab Saudi bagi fasa pertama projek ROSHN Al-Arous. Kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa permintaan tempahan sangat memberangsangkan, sekali gus mengukuhkan lagi focus MGB dalam segmen ini.

Idaman Melur telah mencatatkan skor QLASSIC yang cemerlang iaitu sebanyak 79%, menepati piawaian yang ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam kecemerlangan pembinaan dan menegaskan komitmen kami terhadap kualiti. Hari ini amat bermakna bagi MGB apabila dapat menyerahkan kunci kepada para pemilik baharu kediaman Idaman Melur lebih awal daripada yang dijadualkan, meneruskan kejayaan susulan penyerahan awal projek Idaman BSP pada tahun 2024. Pencapaian ini menjadi bukti usaha berterusan kami dalam mengejar kecemerlangan sekali gus menyokong visi Selangor untuk membina 200,000 rumah mampu milik menjelang tahun 2028”.

YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, CEO PNSB, berkata: “Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan MGB dalam projek perumahan mampu milik ini. Kerjasama ini bukan sahaja selari dengan komitmen kami dalam memperluaskan akses kepada perumahan, malah mencerminkan dedikasi kami untuk menyampaikan nilai dan kualiti kepada komuniti. Bersama-sama, kami memberi impak yang signifikan dalam usaha menyediakan kediaman mampu milik dan berkualiti tinggi untuk semua”

YAB Dato’ Seri Amirudin menegaskan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Selangor dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat menerusi kediaman yang berkualiti, selesa dan dilengkapi dengan kemudahan asas yang diperlukan. Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap projek Rumah Idaman BSP serta projek-projek Rumah Idaman MBI yang lain, dengan menekankan bahawa lokasi yang strategik dan harga mampu milik, digabungkan dengan penyertaan peralatan asas, mampu meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor secara menyeluruh.

-Tamat-

SELANGOR CHIEF MINISTER LEADS KEY HANDOVER CEREMONY AT MGB’S RUMAH IDAMAN MELUR