Malaysian Generations Builder
Get A Quote

PRESS STATEMENT – CLARIFICATION TO ARTICLE

Siaran Akhbar – Penjelasan Artikel


Petaling Jaya, 25 Ogos 2025 – MGB Berhad (“MGB” atau “Kumpulan”) merujuk kepada satu artikel yang diterbitkan dalam The Corporate Secret bertarikh 18 Ogos 2025 .

Artikel tersebut mendakwa bahawa Encik Goh Choon Lye (“Goh”) memiliki lebih 30% pegangan saham tidak langsung dalam MGB. MGB ingin menegaskan bahawa kandungan artikel tersebut adalah tidak tepat dan mengelirukan khususnya berkaitan dengan pegangan saham Encik Goh dalam MGB.

MGB menjelaskan bahawa Encik Goh tidak pernah menjadi pemegang saham utama MGB dan tidak pernah memegang sebarang kepentingan tidak langsung seperti yang didakwa dalam artikel berkenaan, berdasarkan rekod syarikat serta pengumuman yang dibuat kepada Bursa Malaysia Securities Berhad sejak LBS Bina Group Berhad mengambil alih MGB sebagai anak syarikat tersenarainya pada tahun 2016.

MGB kekal komited untuk memastikan penyebaran maklumat kepada orang ramai dilakukan dengan betul dan tepat pada masanya.

-TAMAT- 

 

 

PRESS STATEMENT – CLARIFICATION TO ARTICLE