Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB’s Saujana Indah Recognised as Best-Selling Project at MAPEX 2025 

MGB Berhad Raih Anugerah Jualan Terbaik di MAPEX 2025 Melalui Pangsapuri Saujana Indah


MGB Berhad, anak syarikat kepada LBS Bina Group Bhd, telah menerima pengiktirafan berprestij apabila dianugerahkan Anugerah Jualan Terbaik sempena Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) 2025 yang berlangsung baru-baru ini di Johor Bahru.

Anugerah ini diberikan oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) yang menganjurkan MAPEX setiap tahun sebagai penghargaan kepada syarikat-syarikat dalam industri hartanah negara yang mencapai prestasi cemerlang. Pencapaian luar biasa oleh projek pembangunan Pangsapuri Saujana Indah membuktikan sambutan hangat daripada pasaran serta keyakinan tinggi pembeli terhadap projek yang dibangunkan oleh MGB.

Projek Pangsapuri Saujana Indah menjadi tumpuan utama kerana lokasinya yang strategik, dengan akses mudah ke beberapa lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Pantai Baru ke Bandar Iskandar Puteri, Lebuhraya Pasir Gudang, Lebuhraya EDL, Lebuhraya Pantai Timur JB, dan Lebuhraya Senai-Desaru.

Mengulas mengenai pencapaian ini, Pengerusi Eksekutif MGB Berhad, Tan Sri Dato’ Sri IR. (Dr.) Lim Hock San berkata:

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kami kerana telah memberikan kepercayaan kepada kami. Pangsapuri Saujana Indah mencerminkan matlamat kami untuk menyediakan perumahan berkualiti tinggi dan mampu milik yang memenuhi keperluan keluarga Malaysia yang sentiasa berubah. Dengan setiap pembangunan yang berjaya, kami semakin hampir untuk merealisasikan visi kami sebagai pakar reka dan bina yang diiktiraf. Kami akan terus berpegang kepada misi kami untuk sentiasa melangkaui batas dan menjangkaui jangkaan melalui kualiti, kebolehpercayaan dan inovasi.”

-Tamat-

MGB’s Saujana Indah Recognised as Best-Selling Project at MAPEX 2025