Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB’s Idaman BSP On Track to 100% Sales

Projek Idaman BSP MGB Menuju Sasaran Jualan 100%

SELANGOR, 19 Januari 2022 – MGB Berhad (“MGB atau “Kumpulan”) (anak syarikat LBS Bina Group Berhad), syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah, menerima tempahan yang memberangsangkan untuk Rumah Selangorku Idaman BSP (“Idaman BSP”), yang merupakan sebahagian daripada projek Rumah Selangorku Idaman MBI. Susulan pelancaran Idaman BSP, MGB telah menerima tempahan menghampiri 100% bagi sejumlah 1,312 unitnya.

Idaman BSP, yang merupakan sebahagian daripada projek Rumah Selangorku Idaman MBI, terletak di Bandar Saujana Putra, sebuah perbandaran yang sedang berkembang pesat dilengkapi dengan akses mudah ke bandar seperti Cyberjaya, Kota Kemuning dan Puchong serta lebuh raya utama. MGB menyasarkan untuk menyiapkan pembangunan Idaman BSP menjelang 2023.

Projek Rumah Selangorku Idaman MBI merupakan inisiatif yang dilancarkan oleh kerajaan negeri Selangor bagi menyediakan 30,000 rumah mampu milik kepada warga yang layak. Di bawah inisiatif ini, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan berpendapatan isi rumah antara RM3,001 – RM10,000 sebulan serta pembeli rumah kali pertama di Selangor boleh memohon. Projek ini terdiri daripada rumah kediaman bertingkat tinggi bermula daripada RM250,000, dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan saiz binaan minimum 1,000 kaki persegi bagi setiap unit. Unit ini juga dilengkapi dengan 2 parkir, 3 buah penghawa dingin, sebuah set televisyen, kabinet dapur, 3 buah almari pakaian, sebuah peti sejuk dan 2 buah pemanas air.

Sebagai catatan, MGB telah menjalin usaha sama dengan PNSB Construction Sdn. Bhd. (“PCSB”) pada pertengahan 2019 untuk membentuk Konsortium PCSB-MGB dengan matlamat untuk membina sejumlah 7,210 rumah mampu milik Rumah Selangorku Idaman MBI di lokasi infrastruktur yang strategik. Rumah mampu milik ini akan dibina dengan menggunakan teknologi pratuang Sistem Binaan Berindustri (“IBS”) milik MGB.

Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Dato’ Sri Lim Hock San berkata, “Idaman BSP merupakan pelancaran pertama MGB daripada sebahagian 6 projek Rumah Selangorku Idaman MBI yang terlibat. Kami berazam untuk menyelesaikan isu rumah mampu milik di samping menyumbang kepakaran IBS kami bagi memastikan rakyat Selangor berpeluang untuk memiliki sebuah kediaman.

Kami berada di landasan yang betul untuk melancarkan 5 projek yang berkaitan dengan Rumah Selangorku Idaman MBI yang masih tinggal menjelang akhir tahun 2022 / awal 2023. Menjadi sebahagian daripada projek Rumah Selangorku Idaman MBI ini akan memberikan pendapatan yang stabil kepada Kumpulan kami, di mana kami berharap ia akan membolehkan kami meningkatkan nilai pemegang saham.

Kami sedang merancang untuk melancarkan baki 5 lagi projek di bawah Rumah Selangorku Idaman MBI menjelang akhir 2022 / awal 2023. Penglibatan MGB dengan menjadi sebahagian daripada projek Rumah Selangorku Idaman MBI ini dijangka menyumbang pendapatan yang stabil kepada syarikat, sekaligus merealisasikan harapan kami untuk meningkatkan lagi nilai pemegang saham.”

-Tamat-

 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
1. Ng Shu Wain                                                                                     Emel: [email protected]
2. Jabatan Komunikasi Korporat, Media & Digital, LBS             Emel: [email protected]

MGB’s Idaman BSP On Track to 100% Sales