Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB TOPS OUT IDAMAN CAHAYA 2, COMPLETED OVER 12,000 PROPERTY UNITS WITH IBS PRECAST PANELS

Download PDF

Struktur bangunan Idaman Cahaya 2 selesai
MGB siap lebih 12,000 unit rumah guna panel konkrit pratuang IBS


Selangor :   Syarikat pembangunan hartanah, MGB Berhad (MGB) yang juga subsidiari LBS Bina Group Berhad, telah mengadakan majlis roof topping bagi projek Idaman Cahaya 2 di tapak projek di U12 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan hari ini. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, sebagai tanda fasa pembinaan struktur berkenaan sudah selesai.


Ahli Pengurusan Kanan MGB Berhad menyaksikan upacara penutupan bumbung Idaman Cahaya 2 hari ini.

Dari kiri ke kanan : Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Mr Victor Wong, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Richard Lim, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Mr Isaac Lim and Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Mr Daniel Chew

Idaman Cahaya 2 merupakan fasa kedua bagi projek Idaman Cahaya. MGB sebelum ini telah menyempurnakan roof topping bagi Idaman Cahaya 1 pada Disember 2024. Idaman Cahaya 2 terdiri daripada 872 unit , keseluruhan projek Idaman Cahaya merangkumi tiga fasa , dengan unit keseluruhan 1,853 unit.

Bagi meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan tempoh penyiapan hartanah, MGB melalui penggunaan panel konkrit pratuang IBS, telah berjaya membantu syarikat mengurangkan tempoh pembinaan sehingga 33% dan pergantungan kepada tenaga kerja manual sehingga 31%. Setakat ini , kilang IBS MGB di Nilai dan loji mudah alihnya di Alam Perdana mampu menghasilkan panel konkrit pratuang IBS untuk membina sebanyak 6,000 unit hartanah setiap tahun.

Setakat ini, MGB telah menyiapkan lebih daripada 12,000 unit hartanah menggunakan panel konkrit pratuang IBS, manakala 3,000 unit masih dalam proses pembinaan.

Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San ketika berucap berkata:“ Proses pembinaan Idaman Cahaya amat memberangsangkan. Kami dapat menyempurnakan roof topping Idaman Cahaya 2 dalam tempoh  tiga bulan selepas roof topping Idaman Cahaya 1. Kami berharap untuk menyerahkan kediaman yang telah siap kepada pemilik rumah yang menanti dengan penuh keterujaan. Dengan setiap projek Rumah Idaman MBI yang siap, bermaksud lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati kediaman berkualiti di lokasi strategik di seluruh Lembah Klang.”

-Tamat-

MGB TOPS OUT IDAMAN CAHAYA 2, COMPLETED OVER 12,000 PROPERTY UNITS WITH IBS PRECAST PANELS