Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB Strong Bounce In Q1FYE2023

Download PDF

MGB CATAT PERTUMBUHAN KUKUH PADA Q1FYE2023

Keuntungan selepas cukai meningkat 79.59% berbanding Q1FYE2022

20 projek pembinaan dan pembangunan hartanah sedang berjalan

__________________________________________________

SELANGOR, 19 Mei 2023MGB Berhad (“MGB” atau “Kumpulan”) (anak syarikat LBS Bina Group Berhad) yang terlibat di dalam solusi pembinaan dan pembangunan hartanah, hari ini mengumumkan keputusan suku pertama bagi kewangan berakhir 31 Disember 2023 (“Q1FYE2023”).

Bagi suku pertama dalam tinjauan, MGB mencatatkan pendapatan sebanyak RM177.76 juta dengan keuntungan selepas cukai sebanyak RM12.24 juta berbanding RM6.81 juta pada tahun sebelumnya. Keputusan kukuh ini dijana dari projek-projek seperti Residensi Bintang Bukit Jalil, Ritma Perdana dan Melodi Perdana di Alam Perdana yang dijangka siap dibina menjelang FYE2023. Di samping itu, MGB turut berjaya memuktamadkan akaun projek yang telah selesai dengan kontraktor utama sekaligus menyumbang kepada keputusan kewangan.

Segmen pembinaan dan perdagangan merupakan penyumbang terbesar kepada keuntungan MGB dengan RM168.64 juta manakala segmen Keuntungan Sebelum Cukai (“PBT”) bagi tempoh kewangan semasa adalah RM13.40 juta berbanding pada suku tahunan sebelumnya sebanyak RM10.91 juta. Pengeluaran konkrit pratuang Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang meningkat dimanfaatkan dengan baik sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh yang terhad dan tinggi. Meskipun berlaku kenaikan harga bahan-bahan mentah dan kekurangan tenaga buruh, MGB terus merekodkan laporan margin yang lebih baik dan memberangsangkan dengan pendapatan kira-kira RM14.26 juta pada suku ini dan mempunyai baki lima buah projek sedang berjalan. 

Peningkatan prestasi MGB turut disokong oleh segmen pembangunan hartanah dan pembinaan. Projek Idaman Melur, Cybersouth yang baru dilancarkan berjumlah 1,448 unit, serta perkembangan pesat pada Fasa 3 dan 4 Laman Bayu, Batu Pahat merupakan pemangkin kepada 

peningkatan segmen tersebut dan menyumbang kepada peningkatan pendapatan dengan jumlah RM9.12 juta berbanding RM4.58 juta pada suku yang sama, tahun sebelumnya. Segmen PBT bagi suku semasa merekodkan RM3.06 juta berbanding suku tahun sebelumnya RM0.67 juta. 

Naib Pengerusi Eksekutif MGB Tan Sri Ir Lim Hock San, mengulas, “2023 dimulakan dengan langkah yang betul di mana keputusan ini merupakan prestasi yang kukuh bagi MGB sejak penubuhan syarikat. Dengan 20 projek yang masih berjalan, MGB  dijangka menjana pendapatan kira-kira RM 4 bilion pada tahun – tahun akan datang. Ini berdasarkan tempahan pembinaan tertunggak sebanyak RM1.78 bilion dengan anggaran GDV sebanyak RM2.36 bilion di bawah segmen pembangunan hartanah.

Tumpuan akan diberikan kepada pelaksanaan projek dan penyediaan unit-unit kediaman tepat pada masanya dengan cara menjimatkan kos di samping mengekalkan kualiti produk. Sambutan projek Rumah Idaman MBI kami amat menggalakkan dan sambutan ini dijangka berterusan untuk baki pelancaran projek dalam tempoh beberapa bulan akan datang. 

MGB turut menjangkakan peningkatan semula projek pembinaan, justeru momentum dapat dikekalkan bagi memperoleh lebih banyak projek pembangunan Rumah Idaman MBI melalui kerjasama dengan Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) (“MBI”). 

Kami optimis bahawa MGB berada pada kedudukan yang stabil dan mampu memberikan pulangan yang positif bagi baki tahun 2023 sungguhpun berhadapan cabaran kenaikan kadar faedah. Namun, ianya mungkin tidak memberi kesan ketara kepada prestasi kewangan MGB kerana nisbah 0.11 dan kami yakin dengan keupayaan untuk mengurangkan sebarang kesan buruk yang mungkin timbul daripada cabaran dan terus konsisten untuk memberikan pertumbuhan yang mampan pada tahun-tahun yang akan datang kepada pemegang saham kami.” 

-Tamat-

MGB Strong Bounce In Q1FYE2023