Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB RECEIVES FIRST ORDER FOR SUPPLY AND INSTALLATION OF PRECAST ELEMENTS IN THE ROSHN ALAROUS DEVELOPMENT IN NORTH JEDDAH

Download PDF

MGB TERIMA TEMPAHAN PERTAMA UNTUK MEMASANG DAN MEMBEKAL PANEL PRATUANG BAGI 

PEMBANGUNAN ROSHN ALAROUS DI UTARA JEDDAH

 

SELANGOR, 8 Februari 2024 – MGB Berhad (“MGB atau Kumpulan”), penyedia solusi perkhidmatan dan pembangunan hartanah serta subsidiari LBS Bina Group Berhad, hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya, MGB International for Industry (“MGBI”) telah menerima dua (2) Pesanan Belian (“Pesanan”) daripada Sany Alameriah (“SA”) sebanyak Arab Saudi Riyal Sembilan Puluh Empat Juta Lima Ratus Tiga Ribu dan Tiga Ratus Enam Puluh Empat (SAR 94,503,364.00), bersamaan dengan Ringgit Malaysia Seratus Sembilan Belas Juta Lima Ratus Empat Puluh Enam dan Tujuh Ratus Lima Puluh Lima, Empat Puluh Enam Sen (RM119,546,755.46), berdasarkan kontrak yang ditandatangani  di antara SA dan SALD Industrial Company (“SALD”) bagi membekal dan memasang produk konkrit pratuang. Elemen ini termasuk dinding, tangga, tiang dan papak teras berongga (“HCS”) bagi pembinaan 400 buah vila di pembangunan ROSHN Alarous, utara Jeddah. Pesanan ini dibuat berdasarkan Perjanjian Usaha Sama yang dimeterai antara MGBI dan SA pada 27 Julai 2023, di mana SA akan menerima tempahan minimum Dua Ratus Tujuh Puluh Ribu Meter Padu (270,000 m3) produk konkrit pratuang untuk tempoh tiga (3) tahun. MGBI dijangka menyelesaikan tempahan dalam tempoh empat belas (14) bulan dari tarikh terima lakaran kedai yang diluluskan ataupun menerusi bayaran pendahuluan.

 

ROSHN Alarous merupakan sebuah pembangunan berprestij, meliputi kawasan lebih 4 juta meter persegi dan bakal menawarkan lebih daripada 18,000 unit kediaman setelah setiap fasa selesai dibina. Fasa pertama Alarous yang digelar “The Bride of The Red Sea”, akan menawarkan lebih daripada 2,200 unit kediaman, dilengkapi laluan pejalan kaki, ruang hijau di samping kemudahan runcit, sukan dan rekreasi. ROSHN merupakan pemaju hartanah yang disokong oleh Dana Pelaburan Awam (“PIF”) Kerajaan Arab Saudi (“KSA”). PIF merupakan dana aset Kerajaan, dan merupakan dana negara terbesar di dunia dengan lebih daripada USD 700 bilion aset. Selaras dengan sokongan terhadap wawasan Kerajaan Arab Saudi 2030, ROSHN menyasarkan untuk menyediakan 400,000 buah rumah menjelang 2030, di mana 30% daripadanya merupakan perumahan baharu.

 

Mengulas mengenai Pesanan tersebut, Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San berkata, “Tempahan ini mewakili kemajuan yang telah dicapai oleh MGB di dalam memperluaskan jenamanya di peringkat antarabangsa. Dengan mengukuhkan kedudukan kami di Jeddah, KSA, kami beriltizam untuk menyediakan mutu kerja dan produk yang berkualiti kepada pelanggan sekali gus terus mengintai peluang untuk mempromosikan kepakaran MGB sebagai penyedia solusi pembinaan menyeluruh melalui penggunaan “Value Driven Technology” (VadTech). Kami turut merakamkan terima kasih terhadap Sany Alameriah di atas sokongan padu sebagai rakan kongsi di dalam menjayakan projek usaha sama setakat ini.

 

-Tamat-

MGB RECEIVES FIRST ORDER FOR SUPPLY AND INSTALLATION OF PRECAST ELEMENTS IN THE ROSHN ALAROUS DEVELOPMENT IN NORTH JEDDAH