Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB REACHES THE TOP FOR IDAMAN CAHAYA 1 WITH ROOF TOPPING CEREMONY

Download PDF

MGB LAKAR KEJAYAAN DI IDAMAN CAHAYA 1 DENGAN MAJLIS “ROOF TOPPING”


SELANGOR, 6 Disember 2024 – MGB Berhad (“MGB” atau “Kumpulan”), penyedia solusi pembinaan dan pembangunan hartanah terkemuka serta anak syarikat LBS Bina Group Berhad, hari ini menganjurkan majlis “roof topping” untuk pembangunan Idaman Cahaya 1 di tapak projek U12 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, menandakan penyempurnaan fasa struktur bangunan bagi projek berkenaan.

MGB menitik berat penggunaan sistem (IBS) konkrit pratuang dalam semua projek pembinaan termasuk Projek Idaman Cahaya 1, di mana kaedah ini mengurangkan tempoh pembinaan sehingga 33% dan kebergantungan kepada tenaga kerja manual sehingga 31%. Kilang IBS MGB di Nilai dan loji mudah alih di Alam Perdana mampu menghasilkan panel konkrit pratuang IBS untuk 6,000 unit kediaman setiap tahun. Melalui teknologi tersebut, MGB telah berjaya menyiapkan lebih daripada 12,000 unit hartanah sehingga kini, dan sebanyak 3,000 unit lagi dalam proses pembinaan. Pada bulan Ogos tahun ini, MGB telah membangunkan lebih daripada 1,330 unit hartanah di bawah inisiatif Rumah Idaman MBI. Ini merupakan sebahagian daripada komitmen MGB untuk membina sehingga 10,000 unit Rumah Idaman MBI di Selangor.

Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, “Majlis ‘roof topping’ ini merupakan satu pencapaian penting yang menandakan penyempurnaan kerja pembinaan struktur bangunan. Kami berhasrat untuk menyiapkan pembangunan ini mengikut jadual serta memastikan serahan kunci kepada pemilik rumah berjalan lancar sekali gus menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada rakyat Malaysia yang menetap di kawasan Lembah Klang.”

-Tamat-

MGB REACHES THE TOP FOR IDAMAN CAHAYA 1 WITH ROOF  TOPPING CEREMONY