Malaysian Generations Builder
Get A Quote
MGB Launches Its Kertih Terengganu Industrial Park (KTIP) Project Worth RM680 Million
MGB Lancar Projek Taman Perindustrian Kertih Terengganu (KTIP) Bernilai RM680 Juta
Perasmian oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar
SELANGOR, 6 Mac 2022 – MGB Berhad (“MGB” atau “Kumpulan”), syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah yang juga merupakan anak syarikat LBS Bina Group Berhad, hari ini mengadakan majlis perasmian projek bagi pembangunan 1,007 ekar di Taman Perindustrian Kertih Terengganu (KTIP)  di Hotel Resorts World Kijal, Kemaman, Terengganu. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar,  disaksikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan MGB, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Richard Lim Lit Chek. Turut hadir menyaksikan acara perasmian adalah Pengarah Retro Court Sdn Bhd, Datuk Hendri Dahlan.
Pada awal September 2021, MGB melalui anak syarikat milik sepenuhnya,  MGB Construction & Engineering Sdn. Bhd. (“MGBCE”) telah menandatangani perjanjian pembinaan secara keseluruhan dengan Retro Court Sdn Bhd bagi pembangunan Projek Kertih. Projek Kertih adalah sebahagian daripada KTIP, yang akan menjadi kompleks kilang penapisan bio generasi kedua terbesar di Asia.
Selaku kontraktor keseluruhan, MGBCE akan melaksanakan keseluruhan reka bentuk, pembiayaan, pembinaan dan penyelesaian, penjualan serta pemasaran di samping pengurusan kredit Projek Kertih. Anggaran nilai pembangunan kasar (“GDV”) bagi Projek Kertih adalah kira-kira RM680 juta.
Terletak di Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur, KTIP diakses secara strategik dengan infrastruktur dan fasiliti sedia ada seperti loji pemprosesan gas, loji penapisan minyak dan pelabuhan (Pelabuhan Kemaman dan Pelabuhan Kertih). Bagi menggalakkan pembangunan KTIP, kerajaan telah menawarkan insentif cukai kepada para pelabur. Pelabur sedia ada di KTIP termasuk Arkema Thiochemicals Sdn Bhd. dan CJ Bio Malaysia Sdn. Bhd., manakala syarikat biokimia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Gevo sedang membina loji bernilai USD$500 juta (kira-kira RM2.1 bilion).
Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB Tan Sri Dato’ Sri Lim Hock San berkata, “MGB bersedia untuk memulakan kerja pembinaan di Taman Perindustrian Kertih Terengganu. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ahmad Samsuri di atas kesudian meluangkan masa  sekaligus merasmikan majlis kami. Kerajaan negeri Terengganu telah memberi sokongan yang terbaik, dan kami berbesar hati untuk menjalin kerjasama dengan kerajaan negeri dan rakan kongsi bagi  memastikan projek tersebut siap tepat masanya.
Kami menyasarkan pembinaan infrastruktur bagi Fasa 1 Projek Kertih ini siap menjelang 2024. Jumlah GDV yang besar bagi projek ini merupakan petanda baik bagi MGB. Jika tiada halangan, kami meramalkan Projek Kertih bakal menyumbang kepada dana syarikat bagi tempoh satu atau dua tahun akan datang. Kami akan terus berusaha untuk memberikan nilai tambah dalam penyelesaian teknologi kepada pelanggan kami di samping melobi untuk projek baharu yang akan membantu meningkatkan momentum, mengukuhkan buku panduan pembinaan kami dan menambah baik nilai pihak berkepentingan.”
-Tamat-
MGB Launches Its Kertih Terengganu Industrial Park (KTIP) Project Worth RM680 Million