Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB HOLDS ROOF TOPPING CEREMONY FOR IDAMAN MELUR

Download PDF

MGB ANJUR MAJLIS “ROOF TOPPING” RUMAH IDAMAN MELUR


 

SELANGOR, 30hb Mei 2024MGB Berhad (“MGB” atau Kumpulan), penyedia solusi perkhidmatan dan pembangunan hartanah serta subsidiari LBS Bina Group Berhad,  telah mengadakan majlis “roof topping” pada 24 May 2024 yang lepas, untuk menandakan bahawa fasa pembinaan struktur bangunan projek Rumah Idaman Melur yang terletak di Cybersouth, Dengkil, Selangor Darul Ehsan, telah selesai. Majlis tersebut dirasmikan oleh Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB. 

 

Struktur bangunan tersebut telah disiapkan kira-kira satu bulan lebih awal daripada jadual, adalah hasil daripada penggunaan teknologi inovatif konkrit pratuang sistem binaan berindustri (“IBS”) . Kecekapan dan konsistensi  merupakan  antara elemen penting di dalam proses pembinaan, MGB menekankan kepentingan penggunaan konkrit pratuang IBS dalam projek pembinaannya. Setakat kini, IBS telah membantu mengurangkan tempoh pembinaan sebanyak 33% dan penggunaan tenaga buruh sebanyak 31%. Kilang IBS milik MGB ini mampu menghasilkan panel konkrit pratuang IBS untuk membina sebanyak 6,000 unit hartanah setiap tahun.

 

Dengan penggunaan teknologi konkrit pratuang IBS, MGB akan menyediakan sejumlah 7,210 unit rumah mampu milik di bawah inisiatif Rumah Selangorku Idaman MBI. MGB berdedikasi untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang layak dan menetap di negeri Selangor untuk memiliki rumah mampu milik, sekali gus menyokong matlamat kerajaan negeri untuk membina 30,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2025. Sementara itu, MGB juga menyasarkan penyerahan menyerahkan milikan kosong kepada pemilik Rumah Idaman BSP di Bandar Saujana Putra, yang dijadualkan pada suku ketiga tahun ini. Kedua-dua Rumah Idaman BSP dan Rumah Idaman Melur merupakan antara dua daripada enam buah projek Rumah Selangorku Idaman MBI yang dibangunkan oleh MGB.

 

Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, “ ‘Roof Topping’ ini melambangkan hasil kerja keras semua pihak. Ia mewakili komitmen MGB yang tidak berbelah bahagi terhadap semua yang dilakukan. Majlis ini turut menterjemahkan bukti dedikasi kami terhadap pembinaan rumah yang berkualiti. Ia turut memberi manfaat terhadap pembeli yang bakal menikmati gaya hidup di kawasan kejiranan dan komuniti yang berkembang.

 

Beliau menambah, “Dengan mempamerkan kepakaran kami dalam pemasangan konkrit pratuang IBS, MGB berada di dalam kedudukan yang baik untuk pengembangan yang berterusan di peringkat domestik dan antarabangsa. Pesanan belian yang diterima daripada Sany Alameriah untuk pembekalan dan pemasangan elemen pratuang untuk 400 unit pembangunan ROSHN Alarous, Jeddah berada dalam jadual yang ditetapkan, di mana elemen konkrit pratuang telah dibekalkan dan dipasang secara berperingkat. Kami kekal fokus untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan kami.”

-Tamat-

MGB HOLDS ROOF TOPPING CEREMONY FOR IDAMAN MELUR