Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB Delivers Commendable Q1 Results

MGB Catat Keputusan Memberangsangkan

  • Pendapatan Syarikat pada suku pertama meningkat 6.57% kepada RM178.59 juta berbanding 2021 dengan RM167.59 juta

______________________________________________________

SELANGOR, 17 Mei 2022 MGB Berhad (“MGB” atau “Kumpulan”) anak syarikat LBS Bina Group Berhad yang terlibat di dalam solusi pembinaan dan pembangunan hartanah, hari ini mengumumkan keputusan suku pertama bagi kewangan berakhir 31 Disember 2022 (“Q1FYE2022”).

Bagi suku pertama di bawah semakan, MGB mencatatkan pendapatan RM178.59 juta, peningkatan sebanyak 6.57% daripada suku tahunan berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, keuntungan sebelum cukai dan keuntungan selepas cukai masing-masing mencatatkan sebanyak RM11.23 juta dan RM6.82 juta.

Sejajar dengan matlamat ke arah pemulihan ekonomi, segmen pembinaan dan perdagangan merupakan penyumbang terbesar kepada keuntungan MGB. Jumlah pendapatan yang direkodkan meningkat sebanyak 11.8% kepada RM174.01 juta berbanding Q1FYE2021 dengan RM155.62 juta. Peningkatan positif pada rekod pendapatan merupakan sebahagian dari sumbangan projek-projek seperti Residensi Bintang Bukit Jalil dan Mercu Jalil di Bukit Jalil serta Ritma Perdana dan Melodi Perdana di LBS Alam Perdana.

Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, Tan Sri Lim Hock San berkata, “Konflik Russia dan Ukraine memberikan permulaan yang tidak begitu baik kepada keputusan suku pertama. Meskipun berlaku kenaikan harga bahan-bahan mentah dan kekurangan tenaga buruh, MGB terus kekal memberikan keuntungan yang stabil. Kami sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam tempoh yang tidak menentu ini. Perancangan perniagaan yang disiplin serta kawalan kos merupakan aspek utama yang diberi tumpuan di dalam menjalankan perniagaan kami.

Kami telah menerima tempahan sebanyak RM1.74 bilion dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM2.15 bilion di bawah segmen pembangunan hartanah, dan kami menjangkakan MGB akan menjana pendapatan kira-kira RM4.00 bilion pada tahun akan datang. MGB turut menjangkakan penambahan pada bilangan projek pembinaan dan mengambil peluang ini untuk menawarkan tender pembinaan kepada projek Kerajaan sekiranya ada kekosongan.

Berikutan daripada pelancaran Rumah Idaman BSP, MGB telah menerima tempahan yang luar biasa bagi 1,312 unit dan kini di dalam proses pertukaran kepada jualan bagi pembeli yang layak dan menerima kelulusan daripada pihak berkuasa. Kami turut menantikan lima baki pelancaran projek Rumah Selangorku Idaman MBI yang akan dilancarkan tahun ini dan tahun 2023. Ini didorong dengan rekod jualan yang memberangsangkan bagi pelancaran terbaharu Laman Bayu Fasa 3 dan 4 dengan sejumlah 47 unit (daripada 118 unit) bagi rumah teres dua tingkat di mana nilai anggaran unit terjual yang direkodkan adalah berjumlah RM18.25 juta. Secara keseluruhannya, kami optimis bahawa MGB berada di dalam kedudukan yang stabil dan mampu memberikan pulangan yang positif pada tahun 2022.”

-Tamat-

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
1. Ng Shu Wain                                                                                     Emel: [email protected]
2. Jabatan Komunikasi Korporat, Media & Digital, LBS             Emel: [email protected]

MGB Delivers Commendable Q1 Results