Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB Commemorates The Completion Of First Rumah Idaman Project Ahead Of Time With Roof-Topping Ceremony

Download PDF

MGB RAI RUMAH IDAMAN PERTAMA SIAP DI BINA
DI MAJLIS “ROOF-TOPPING”

Struktur Idaman BSP siap dibina dengan menggunakan Panel Konkrit Pratuang IBS


SELANGOR, 14 September 2023 – MGB Berhad (“MGB” atau “Kumpulan”), penyedia solusi perkhidmatan dan pembangunan hartanah serta subsidiari LBS Bina Group Berhad, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah berjaya menyiapkan struktur binaan Idaman BSP dengan mengadakan majlis “roof-topping”.

Terletak di Bandar Saujana Putra, Idaman BSP merupakan projek pertama daripada 6 projek Rumah Idaman MBI yang dilancarkan oleh MGB dengan kerjasama PNSB Construction Sdn Bhd, anak syarikat kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad di bawah Kerajaan Negeri Selangor. Rumah Idaman MBI merupakan suatu inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk menawarkan kediaman mampu milik bagi semua rakyat yang menetap di Negeri Selangor dan dibina di lokasi utama dengan akses kepada kemudahan lengkap di seluruh negeri. Projek-projek Rumah Idaman MBI telah mendapat sambutan positif berikutan harga mampu milik dan lokasi strategik. Kesemua unit Rumah Idaman BSP telah habis dijual sejak pelancarannya. Dengan harga bermula daripada RM 250,000.00, setiap unit dilengkapi dengan perabot seperti penghawa dingin, televisyen dan kabinet televisyen, peti sejuk, kabinet dapur, almari pakaian terbina dan pemanas air.

Rumah mampu milik yang terdiri daripada 2 blok dengan 1,312 unit dengan Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM 375.41 juta, Idaman BSP dibina menggunakan Panel Konkrit Pratuang Sistem Binaan Berindustri (IBS) MGB, yang dikeluarkan di kilangnya di Nilai melalui subsidiarinya MGB Sany (M) Sdn. Bhd.  Teknologi ini berupaya membantu menjimatkan masa pembinaan sehingga 33%. Di samping itu, IBS menggunakan teknologi automasi untuk menghasilkan Panel Konkrit Pratuang sekaligus mengekalkan kualiti pembinaan dengan membantu mengurangkan penggunaan tenaga buruh di tapak pembinaan sehingga 49%.

Naib Pengerusi Eksekutif MGB, Tan Sri Ir. Lim Hock San, berkata, “Majlis “roof-topping” ini menandakan kejayaan kami dalam menyiapkan struktur projek Rumah Idaman MBI yang pertama. Dengan menggunakan Panel Konkrit Pratuang IBS, masa pembinaan dapat dipendekkan dan membolehkan pembeli rumah kami menerima rumah mereka lebih awal dari yang dijadualkan. Oleh yang demikian, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada PNSB Construction Sdn Bhd di atas kejayaan kolaborasi, serta Kerajaan Negeri Selangor di atas usaha mereka di dalam membantu dan bekerjasama dengan MGB untuk membangunkan Rumah Idaman MBI.

Kami menjangkakan pembangunan bagi kesemua 7,210 unit Rumah Idaman MBI termasuk di Idaman BSP, dapat dibina dengan cekap dan siap lebih awal daripada yang dijadualkan kepada pemilik rumah. Seiring dengan matlamat untuk membina lebih banyak projek Perumahan Rumah Idaman MBI, Panel Konkrit Pratuang IBS kekal sebagai komponen penting di dalam operasi MGB sekaligus membantu mengurangkan kos tenaga buruh sehingga 31%.  Kecekapan dan penjimatan di dalam pembinaan ini mewujudkan daya saing berterusan dan mampu membantu misi kami untuk menyediakan rumah mampu milik bagi rakyat Malaysia. Hartanah kami yang dibina menggunakan teknologi IBS kini telah melebihi 8,000 unit, dan dijangka mencecah 10,000 unit menjelang akhir tahun ini. Pencapaian ini merupakan bukti kepada komitmen kami di dalam menghasilkan kediaman berkualiti tinggi dan konsisten menggunakan sistem IBS yang telah diberi penelitian khusus serta ditambah baik.”

-Tamat –

MGB Commemorates The Completion Of First Rumah Idaman Project Ahead Of Time With Roof-Topping Ceremony