Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB Carries Positive Performance From Q1FYE2023 To Q2FYE2023

Download PDF

MGB KEKAL PRESTASI POSITIF DARIPADA Q1FYE2023 SEHINGGA Q2FYE2023

Keuntungan meningkat 73 kali ganda (74%) berbanding Q2FYE2022

__________________________________________________________________________________________________

SELANGOR, 18 Ogos 2023 – MGB Berhad (“MGB” atau “Kumpulan”) (anak syarikat LBS Bina Group Berhad) yang terlibat di dalam solusi pembinaan dan pembangunan hartanah, hari ini mengumumkan keputusan suku kedua bagi kewangan berakhir 31 Disember 2023 (“Q2FYE2023”).

Bagi suku dalam tinjauan, MGB mencatatkan pendapatan sebanyak RM 233 juta dengan keuntungan selepas cukai sebanyak RM 12.41 juta berbanding RM 0.17 juta pada tahun sebelumnya. Keputusan kukuh ini dijana daripada projek-projek seperti Idaman BSP daripada projek Rumah Idaman MBI serta KITA Mekar dan KITA Mesra di bawah perbandaran KITA @ Cybersouth. Di samping itu, Kumpulan berjaya untuk mengoptimumkan kos pembinaan di dalam persekitaran perniagaan yang mencabar sekaligus menyumbang kepada keuntungan Kumpulan.

Segmen pembinaan dan perdagangan kekal sebagai keuntungan utama Kumpulan yang menyumbang pendapatan sebanyak RM 388 juta, peningkatan sebanyak RM 84 juta berbanding RM 304 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya. Segmen Keuntungan Sebelum Cukai (“PBT”) bagi tempoh kewangan semasa sebanyak RM 30 juta berbanding suku tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM 14 juta. Dengan memanfaatkan penggunaan teknologi pratuang Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalaman yang telah dibangunkan dengan kukuh dan stabil, Kumpulan berjaya mengekalkan kecekapan operasi, membantu MGB untuk laporan margin yang lebih baik. Tambahan pula, produk konkrit pratuang Kumpulan turut menunjukkan prestasi cemerlang, dengan menjana pendapatan kira-kira RM 29.20 juta bagi suku ini.

Sektor pembangunan hartanah juga menunjukkan prestasi yang baik. Peningkatan keuntungan sebanyak RM 14.02 juta daripada RM 8.44 juta pada suku tahun sebelumnya kepada RM 22.46 juta daripada 4 buah projek, iaitu Idaman Melur, Cybersouth dengan 1,448 unit, Idaman Cahaya Fasa 1 (568 unit), Idaman Sari (513 unit) dan Pangsapuri Saujana Indah Fasa 1 dengan 595 unit. Segmen PBT bagi suku semasa dicatatkan sebanyak RM 4 juta berbanding suku tahun sebelumnya, iaitu sebanyak RM 0.68 juta.

Naib Pengerusi Eksekutif MGB Tan Sri Ir. Lim Hock San, mengulas, “Kami gembira  dengan keputusan baik yang konsisten, bermula daripada Q1FYE 2023. Buku pesanan pembinaan tertunggak kami (termasuk projek dalaman MGB) yang berjumlah RM 1.87 bilion dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM 2.34 bilion daripada 9 buah projek yang dibilkan di bawah segmen pembangunan hartanah kami kekal stabil dan mampu mengekalkan trajektori pertumbuhan MGB untuk baki tahun ini.

Usaha sama terbaharu kami di Arab Saudi bersama Sany Alameriah Industrial merupakan kemuncak perniagaan dengan pemeteraian Perjanjian Usahasama di antara kedua-dua pihak, yang berlangsung pada 27 Julai 2023 lepas. Dengan usaha sama ini, kami berharap untuk melebarkan sayap dan jenama MGB di peringkat antarabangsa. Sementara itu, projek Rumah Idaman MBI terus mendapat sambutan menggalakkan, terutamanya Idaman Cahaya Fasa 2 yang dilancarkan baru-baru ini. Perkembangan positif ini turut menyumbang kepada keputusan Syarikat pada suku akan datang.

Kami kekal optimis dan berhati-hati dalam setiap urus niaga untuk baki tahun 2023, dan gembira dengan pencapaian prestasi Syarikat pada separuh pertama FYE 2023. Di sebalik jangkaan Bank Dunia bahawa pertumbuhan global akan bergerak perlahan dengan ketara pada kadar 2.1 peratus di tahun 2023, keuntungan bagi separuh tahun pertama sangat memberangsangkan dan MGB menyasar untuk terus mengekalkan prestasi kukuh pada separuh tahun kedua 2023.”

-Tamat-

MGB Carries Positive Performance From Q1FYE2023 To Q2FYE2023