Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB BERHAD SECURES RM186 MILLION CONTRACT FOR 802 UNITS OF SERVICE APARTMENTS IN MEDINI, JOHOR

Download PDF

MGB Dapat Kontrak Pembinaan RM186 Juta daripada CI Medini Sdn Bhd


SELANGOR – MGB Berhad, anak syarikat kepada LBS Bina Group Berhad, melalui anak syarikat milik penuhnya, MGB Construction & Engineering Sdn Bhd, telah dianugerahkan kontrak pembinaan bernilai RM186 juta daripada syarikat Jepun CI Medini Sdn Bhd , untuk pembangunan pangsapuri perkhidmatan di Medini, Iskandar Puteri, Johor .

CI Medini Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat berkaitan dengan Creed Group, firma hartanah dari Jepun yang pakar dalam pelaburan utama dan pengurusan hartanah.

Projek ini dijangka bermula pada 1 September 2025 , melibatkan pembinaan podium tempat letak kereta setinggi tujuh tujuh tingkat, pondok pengawal, aras kemudahan, serta dua menara yang terdiri daripada Menara A setinggi 32 tingkat 405 unit dan Menara B setinggi 31 tingkat 397 unit.

Kontrak baharu ini meningkatkan buku pesanan pembinaan sedia ada MGB setakat 31 Julai 2025 , daripada RM1.07 bilion kepada kira-kira RM1.21 bilion. Projek ini turut mengukuhkan portfolio MGB di Johor, yang mempunyai dua projek di selatan tanahair , iaitu Pangsapuri Saujana Indah di Molek yang sedang dalam pembinaan serta projek Laman Bayu yang telah siap di Batu Pahat.

Tan Sri Dato’ Sri Ir Dr Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB Berhad, berkata:

“Kami berbesar hati diberi kepercayaan untuk melaksanakan projek ini. Penganugerahan ini merupakan satu pencapaian penting bagi MGB khususnya dalam pembangunan di bahagia Selatan. Medini ialah kawasan yang pesat membangun dengan potensi besar, dan kami bertekad untuk menyiapkan projek ini serta menyumbang kepada pertumbuhan kawasan.”

Penganugerahan ini menambah projek pembinaan MGB dan mengukuhkan komitmen syarikat untuk membina rumah berkualiti yang meningkatkan kualiti hidup, membentuk komuniti, serta memberi nilai jangka panjang kepada semua pihak berkepentingan.

MGB akan terus menunjukkan ketahanan dan daya saing, sekali gus meningkatkan keyakinan pasaran serta mengembangkan operasi ke kawasan strategik , dan pada masa yang sama akan memperkukuh kerjasama dengan pemaju bereputasi tinggi dan menguatkan kedudukan untuk peluang pertumbuhan pada masa hadapan, di Johor dan seluruh negara.

-Tamat-

MGB BERHAD SECURES RM186 MILLION CONTRACT FOR 802 UNITS OF SERVICE APARTMENTS IN MEDINI, JOHOR