Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB Berhad Secures RM172.3 Million Contract

MGB BERHAD PEROLEH KONTRAK RM172.3 JUTA

Tempahan pembinaan kukuh dengan RM2.21 bilion

SELANGOR, 11 Ogos 2022 – MGB Berhad (“MGB” atau “Kumpulan), penyedia solusi perkhidmatan pembinaan dan pembangunan hartanah, hari ini mengumumkan bahawa anak syarikat subsidiari, MGB Construction & Engineering Sdn. Bhd. telah menerima kontrak bernilai RM172.3 juta daripada Kita Sejati Sdn. Bhd. (“Kontrak”). 

Kontrak ini merangkumi kerja pembinaan utama bagi dua buah pangsapuri 24 tingkat, dan sebuah bangunan 8 tingkat yang terdiri daripada kemudahan kawasan umum dan tempat letak kereta. Kerja-kerja pembinaan projek ini terletak di Cybersouth, Sepang dan dijangka akan bermula pada 1 September 2022 bagi tempoh 15 bulan. Projek pembangunan tersebut merupakan sebahagian daripada  pembangunan perbandaran KITA @ Cybersouth oleh LBS Bina Group Berhad. 

MGB di dalam pengumuman penerimaan kontrak itu pada 25 Julai 2022 lepas, telah memperolehi kontrak berjumlah RM225.0 juta untuk membina antara lain, dua buah pangsapuri perkhidmatan komersial 29 tingkat di Taman Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di daerah Petaling.

Naib Pengerusi Eksekutif MGB Tan Sri Lim Hock San mengulas, “Menerusi kontrak ini, tempahan pembinaan berada di dalam kedudukan pendapatan yang kukuh dengan RM2.21 bilion untuk tahun-tahun yang akan datang. Sehingga kini, MGB telah memperoleh kontrak bernilai hampir RM400 juta. Kami sangat berbesar hati kerana MGB dapat meneruskan projek pembinaan meskipun keadaan industri pembinaan yang tidak menentu.”

“Fokus utama kami pada masa hadapan adalah untuk memastikan projek-projek pembinaan kami dapat disiapkan mengikut perancangan tanpa menjejaskan kualiti yang telah ditetapkan. Penggunaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) telah berjaya mengurangkan penggunaan tenaga buruh yang telah menjejaskan seluruh industri. Melihat dari sudut projek, MGB bersiap sedia untuk melancarkan 5 lagi baki projek Rumah Selangorku Idaman MBI yang akan berlangsung sepanjang tahun ini dan tahun 2023,” tambah beliau. 

– Tamat  –

Mengenai MGB Berhad

Ditubuhkan pada 2007, MGB Berhad (“MGB”) telah berkembang menjadi syarikat pembinaan serta pemaju hartanah dengan perhatian utama berfokus kepada pasaran pembinaan meluas dan ruang kediaman mampu milik bagi rakyat Malaysia. 

Melalui anak-anak syarikatnya, MGB menyediakan kapasiti penuh reka bentuk, pembinaan serta perkhidmatan pembangunan termasuk mereka, membina, pengurusan projek, kejuruteraan sivil, kejuruteraan nilai, kepakaran geoteknikal serta pengeluaran Sistem Konkrit Tetuang (IBS). 

Dengan rekod 14 tahun di dalam bidang pembinaan residensi, komersial serta bangunan industri, dan kerja-kerja infrastruktur, MGB berdiri kukuh di samping berjaya menyiapkan lebih dari 16,000-unit hartanah, terutamanya di segmen kediaman mampu milik. MGB juga telah menyiapkan 4,000 rumah menggunakan teknologi IBS. 

Untuk keterangan lanjut, layari www.mgbgroup.com.my

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 

  1. Jabatan Komunikasi Korporat, Media & Digital, LBS Emel: [email protected]
  2. Ng Shu Wain Emel: [email protected]
MGB Berhad Secures RM172.3 Million Contract