Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB Berhad Secures RM 167.75 Million Contract

Download PDF

MGB BERHAD PEROLEH KONTRAK RM167.75 JUTA

Peningkatan buku pesanan pembinaan RM1.22 bilion dengan GDV projek semasa berjumlah RM1.26 bilion

SELANGOR, 14 Disember 2023 – MGB Berhad (“MGB” atau “Kumpulan”), penyedia solusi perkhidmatan dan pembangunan hartanah serta anak syarikat LBS Bina Group Berhad, hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya MGB Construction & Engineering Sdn Bhd telah menerima surat lantikan bernilai RM167.75 juta (“Kontrak”) daripada RDC Arkitek (KL) Sdn Bhd bagi pihak Johan Anggun Sdn Bhd untuk projek pembangunan di Genting Highlands dan Daerah Bentong, Pahang Darul Makmur.

Kontrak ini melibatkan pembinaan pangsapuri perkhidmatan 28 tingkat, yang bermula dari tingkat 9 ke 36, dan kemudahan-kemudahan yang bermula di tingkat 8, dengan tujuh tingkat tempat letak kereta dari tingkat 1 ke 7, satu aras kemudahan dengan ruang lobi, serta dua tingkat tempat letak kereta aras bawah di LG2 dan LG1, yang meliputi kawasan seluas 2.30 ekar tanah di sebahagian Lot 15360 Genting Highlands, Mukim Bentong, Daerah Bentong, Pahang Darul Makmur. 

“Naib Pengerusi Eksekutif MGB, Tan Sri Dato’ Sri Ir (Dr) Lim Hock San, mengulas, “Dengan kontrak ini, buku pesanan pembinaan kami telah meningkat kepada RM1.22 bilion dengan Nilai Pembangunan Kasar bernilai RM1.26 bilion. Ini merupakan penutup yang positif untuk tahun 2023. Berdasarkan keputusan yang memberangsangkan setakat ini, kami menjangkakan permulaan yang baik bagi tahun 2024 di samping perkembangan yang kukuh dalam segmen pembinaan dan pembangunan hartanah.

Selain itu, MGB akan terus meningkatkan kepakaran baru dan memperhalusi kaedah untuk meningkatkan kualiti serta mempelbagaikan penggunaan produk konkrit pratuang Sistem Binaan Berindustri (IBS) kami. IBS kekal sebagai komponen penting dan teras di dalam perniagaan kami yang akan dimanfaatkan untuk mendapatkan projek-projek baru. Di sebalik keperluan dan permintaan industri pembinaan dan pembangunan hartanah yang sentiasa berubah, kami kekal optimis di dalam memenuhi keperluan pelanggan sekaligus menjadi peneraju bagi industri berkaitan.” 

-Tamat-

MGB Berhad Secures RM 167.75 Million Contract