Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB BERHAD SECURES FOR RM 207.30 MILLION CONTRACT FOR DEVELOPMENT IN PUCHONG

Download PDF

MGB BERHAD PEROLEH KONTRAK RM 207.30 JUTA BAGI PEMBANGUNAN DI PUCHONG

Buku pesanan tertunggak meningkat kepada RM 1.27 bilion

 

SELANGOR, 21 Mac 2024 – MGB Berhad (“MGB” atau “Kumpulan”), penyedia solusi perkhidmatan dan pembangunan hartanah serta anak syarikat LBS Bina Group Berhad, hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya MGB Construction & Engineering Sdn Bhd telah menerima surat lantikan bernilai RM207.30 juta (“Kontrak”) daripada Anuar Aziz Architect bagi pihak Astana Modal Sdn. Bhd. untuk projek pembangunan di Puchong, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan.

Kontrak ini terbahagi kepada dua fasa pembangunan di mana Kontrak Fasa 1 terdiri daripada 1 blok 34 tingkat dengan 608 unit pangsapuri perkhidmatan, 1 blok podium 7 tingkat (Podium 1), 1 blok podium kemudahan 6 tingkat, 1 unit ruang sampah dan 1 unit pondok pengawal. Fasa 2 pula terdiri daripada 1 blok 29 tingkat dengan 391 unit pangsapuri perkhidmatan dan 1 blok podium 6 tingkat (Podium 2).

Pembinaan projek pembangunan ini dijangka bermula pada 1 Jun 2024 bagi Fasa 1 manakala untuk Fasa 2, projek akan bermula pada 2 Februari 2025, masing-masing untuk tempoh 27 bulan dan 24 bulan. Projek ini merupakan sebahagian daripada pembangunan perbandaran D’Island Residence oleh LBS Bina Group Berhad dan untuk pembangunan ini, MGB akan menggunakan panel konkrit pratuang IBS yang dihasilkan di kilangnya di Nilai.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB Berhad, Tan Sri Ir. (Dr) Lim Hock San, mengulas, “Dengan kontrak ini, buku pesanan tertunggak kami telah meningkat kepada RM1.27 bilion, manakala bagi segmen pembangunan hartanah, pembangunan kami mempunyai anggaran GDV sebanyak RM 1.21 bilion. Ini merupakan kontrak pertama bagi tahun 2024 yang akan memberikan kami pendapatan kukuh dan stabil sehingga tahun 2027. Dalam usaha untuk meningkat dan mengekalkan buku pesanan tertunggak kami, MGB akan menggunakan kepakaran dan pengalaman yang diperoleh daripada pembuatan panel konkrit pratuang IBS, yang dimulakan pada tahun 2018. Inisiatif ini disokong oleh teknik dan kaedah pembinaan yang selaras dengan usaha kami untuk menyediakan produk yang berkualiti kepada pelanggan. MGB peka dan optimis untuk melangkah ke hadapan selain berhasrat untuk meningkatkan lagi perkhidmatan yang sedia ada melalui kemajuan teknologi di samping meneroka peluang baharu bagi memenuhi permintaan serta piawaian industri untuk pelanggan kami.

-Tamat-

MGB BERHAD SECURES FOR RM 207.30 MILLION CONTRACT FOR DEVELOPMENT IN PUCHONG