MGB LANTIK SEMULA TAN SRI DATO’ SRI IR (DR) LIM HOCK SAN SEBAGAI PENGERUSI EKSEKUTIF KUMPULAN MGB BERHAD
SELANGOR, 15 Januari 2024 – MGB Berhad (“MGB” atau “Kumpulan”), penyedia solusi perkhidmatan dan pembangunan hartanah serta anak syarikat LBS Bina Group Berhad, hari ini mengumumkan pelantikan semula Tan Sri Dato’ Sri Ir (Dr) Lim Hock San, sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan mulai 15 Januari 2024.
Pelantikan semula beliau oleh lembaga pengarah dibuat selaras dengan persaraan Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif, Dato’ Abdul Majit bin Ahmad Khan, yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 15 Januari 2024. Sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Dato’ Sri Ir (Dr) Lim Hock San akan mempengerusikan lembaga pengarah, manakala Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan dan Pengarah Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Richard Lim Lit Chek akan terus menerajui MGB dengan portfolio masing-masing. Selain daripada peranan beliau di MGB, Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San turut menyandang jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Bina Group Berhad.
Mengulas mengenai pelantikan semula beliau, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada lembaga pengarah di atas kepercayaan mereka, dan ia merupakan suatu penghormatan untuk menerajui MGB sebagai Pengerusi Eksekutif Kumpulan. Tahun ini pasukan pengurusan telah berjaya memacu MGB lebih maju ke hadapan setelah melalui beberapa tahun yang mencabar dan menjejaskan industri pembinaan. Dengan prestasi suku tahunan yang kukuh dari suku pertama sehingga ke FY2023, dan pemeteraian usaha sama antarabangsa pertama kami bersama Sany Alameriah Industrial di Kerajaan Arab Saudi, MGB telah beroleh beberapa pencapaian penting dalam pertumbuhan Syarikat.
Pada permulaan tahun 2024 ini, kami mengambil langkah untuk terus berhati-hati dan bersikap optimistik terhadap faktor ekonomi yang mempengaruhi dunia dan negara, sekali gus untuk terus mengintai peluang dan meningkatkan mutu perkhidmatan kami melalui pengalaman, inovasi, pendigitalan dan kemajuan teknologi, seperti produk Konkrit Pratuang Sistem Binaan Berindustri (IBS). Strategi ini digubal bagi memastikan agar MGB terus kekal berdaya saing dan diterima di mana-mana ruang perniagaan.
-Tamat-