Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB Berhad Inks Framework Agreement With Invest Energy To Improve Energy Efficiency In KTIP

MGB Berhad Meterai Perjanjian Rangka Kerja Bersama INVEST ENERGY Bagi Tingkat Kecekapan Penggunaan Tenaga Di KTIP 

SELANGOR, 14 Disember 2022MGB Berhad (“MGB” atau Kumpulan), (anak syarikat LBS Bina Group), penyedia solusi perkhidmatan dan pembangunan hartanah hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya Retro Court Sdn. Bhd. (“RCSB”) telah memeterai Perjanjian Rangka Kerja (“Perjanjian”) dengan Invest Energy Sdn. Bhd. (“IESB”). RCSB merupakan pemaju dan pengendali tanah perindustrian berat seluas 1,007 ekar di Kertih Terengganu Industrial Park (“KTIP”) manakala IESB merupakan pemaju dan juga pelabur di dalam solusi tenaga bersih terkemuka yang melibatkan tenaga boleh diperbaharui dan kecekapan tenaga seperti pemulihan sisa haba, biojisim, biogas, tenaga solar, dan sistem janakuasa yang menghasilkan elektrik melalui gabungan haba dan kuasa.

Menerusi Perjanjian tersebut, kedua-dua pihak merancang untuk bekerjasama dan meneroka potensi reka bentuk, kewangan, pembinaan, operasi, dan penyelenggaraan Teknologi  Kemudahan Utiliti Secara Berpusat (CUF) di KTIP. Menurut terma Perjanjian, IESB perlu menyediakan gabungan pelbagai utiliti seperti janakuasa, stim dan penyejukan di kawasan yang telah ditentukan oleh RCSB bagi meningkatkan kecekapan tenaga dan “environmental footprint.”

Majlis menandatangani Perjanjian ini telah diadakan di Ibu Pejabat LBS di Plaza Seri Setia, Selangor. Pada sesi tersebut Naib Pengerusi Eksekutif MGB, Tan Sri Lim Hock San menandatangani bagi pihak RCSB manakala IESB diwakili oleh Pengarah Urusan IESB, Anand Ramakrishnan disaksikan Pengarah Urusan MGB, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan serta Pengerusi dan Pengarah Eksekutif IESB, Encik Azizi Bin Meor Ngah.

Perjanjian tersebut akan berkuatkuasa pada 14 Disember 2022 selama satu tahun melainkan perjanjian tersebut ditamatkan oleh mana-mana pihak yang menandatangani Perjanjian Definitif.

Naib Pengerusi Eksekutif MGB Tan Sri Lim Hock San berkata, “Menyumbang kepada agenda negara ke arah matlamat kelestarian alam sekitar, menjadi salah satu keutamaan Syarikat. Krisis tenaga atau iklim yang berlaku pada negara tidak boleh diabaikan. Kekayaan sumber yang sedia ada di KTIP sekaligus menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk mempertimbangkan kecekapan tenaga dan “environmental footprint” dengan lebih efektif. Kami sangat optimis dengan kerjasama yang terjalin bahawa ia akan menawarkan potensi pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan positif seiring dengan usaha kami untuk memastikan penghasilan tenaga bersih, mengurangkan kos tenaga dan meningkatkan kecekapan di KTIP dapat dicapai.”

Pengarah Urusan IESB, Anand Ramakrishnan turut berkata, “Kami sangat teruja untuk membangunkan janakuasa tenaga hijau bersepadu dengan MGB di Malaysia. IESB akan melakukan pelaburan melalui perkongsian usaha sama dengan Swiss ESG Fund, SUSI Asia Energy Transition yang terletak di Singapura. Projek ini akan terus menyokong matlamat MGB untuk membawa masuk lebih banyak syarikat MNC bertaraf dunia dalam KTIP terutamanya syarikat yang peka terhadap perubahan iklim. Kami berkongsi matlamat yang sama untuk menyumbang dan menjadikan Malaysia sebagai negara neutral karbon pada tahun 2050 ke arah penyahkarbonan.”

– Tamat –

 


Mengenai MGB Berhad

Ditubuhkan pada 2007, MGB Berhad (“MGB”) telah berkembang menjadi syarikat pembinaan serta pemaju hartanah dengan perhatian utama berfokus kepada pasaran pembinaan meluas dan ruang kediaman mampu milik bagi rakyat Malaysia.

Melalui anak-anak syarikatnya, MGB menyediakan kapasiti penuh reka bentuk, pembinaan serta perkhidmatan pembangunan termasuk mereka, membina, pengurusan projek, kejuruteraan sivil, kejuruteraan nilai, kepakaran geoteknikal serta pengeluaran Sistem Konkrit Tetuang (IBS).

Dengan rekod 14 tahun di dalam bidang pembinaan residensi, komersial serta bangunan industri, dan kerja-kerja infrastruktur, MGB berdiri kukuh di samping berjaya menyiapkan lebih dari 16,000-unit hartanah, terutamanya di segmen kediaman mampu milik. MGB juga telah menyiapkan 4,000 rumah menggunakan teknologi IBS.

Untuk keterangan lanjut, layari www.mgbgroup.com.my.

Mengenai Invest Energy Group

Invest Energy merupakan penyedia solusi tenaga terkemuka dan pemaju yang melabur dalam penyelesaian tenaga yang inovatif, boleh dipercayai, dan terbukti menerusi penyelesaian tenaga secara keseluruhan dengan memberi tumpuan kepada Tenaga Bersih, Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga.

Sepanjang tempoh satu dekad yang lalu, Invest Energy telah memenangi pelbagai anugerah projek tenaga bersih yang kompleks dan unik. Pelaburan ini dijangka melebihi USD500 juta dalam tempoh 5 tahun akan datang di seluruh Asia Tenggara.

Untuk keterangan lanjut, layari. http://investenergygroup.com/


Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

  1. Ng Shu Wain Emel: [email protected]
  2. Jabatan Komunikasi Korporat, Media & Digital, LBS Emel: [email protected]
MGB Berhad Inks Framework Agreement With Invest Energy To Improve Energy Efficiency In KTIP