Malaysian Generations Builder
Get A Quote

MGB Berhad Clinches RM203.63 Mil Worth Of Contracts

Download PDF

MGB BERHAD PEROLEH KONTRAK BERNILAI RM203.63 JUTA

Tempahan buku pesanan semasa meningkat kepada RM1.85 bilion

SELANGOR, 19 Jun 2023MGB Berhad (“MGB” atau “Kumpulan”), penyedia solusi perkhidmatan dan pembangunan hartanah serta anak syarikat LBS Bina Group Berhad, hari ini mengumumkan bahawa anak syarikatnya MGB Construction & Engineering Sdn. Bhd. telah menerima surat lantikan bernilai RM156.83 juta (“Kontrak”) daripada Arqhitectnia bagi pihak Seloka Sinaran Sdn. Bhd. untuk projek pembangunan di Dengkil, Sepang, Selangor.

Kontrak tersebut melibatkan pembinaan sejumlah 413 unit rumah teres satu tingkat, 76 unit rumah teres dua tingkat dan 328 unit rumah bandar dua tingkat di LOT PT 69264, Tanah Rizab Melayu Dengkil, Selangor.  Selain itu, MGB juga akan membina pusat komuniti serta kemudahan lain termasuk pondok pengawal keselamatan dan pencawang elektrik di kawasan tersebut.

Kerja pembinaan bagi projek ini dijangka akan bermula pada 1 September 2023 untuk tempoh lima belas (15) bulan. Projek ini merupakan sebahagian daripada pembangunan perbandaran KITA @ Cybersouth yang dimajukan oleh LBS Bina Group Berhad. Untuk tujuan pembangunan tersebut, MGB akan menggunakan panel konkrit pratuang IBS yang dihasilkan di Nilai. 

Kontrak ini merupakan susulan daripada pengumuman MGB pada 16 Mac 2023, yang mengumumkan perolehan kontrak sebanyak RM46.80 juta untuk membina, antara lain, 155 unit rumah teres dua tingkat di D’Island Residence, Puchong, Mukim Dengkil di daerah Sepang. Kedua-dua lantikan ini menyumbang kepada keputusan kukuh MGB Q1, yang baru-baru ini dinilai oleh RHB Research dengan rangkuman bahawa prestasi MGB telah menunjukkan peningkatan melebihi jangkaan.

Naib Pengerusi Eksekutif MGB, Tan Sri’ Ir. Lim Hock San, mengulas, “Dengan kontrak ini, buku pesanan kami bertambah kukuh kepada RM1.85 billion, dan memberikan kami anggaran pendapatan bagi tahun-tahun mendatang. Selain daripada penambahan buku pesanan, kami juga meningkatkan pengetahuan serta pengalaman mengenai konkrit pratuang IBS agar terus konsisten sebagai solusi penyelesaian pembinaan yang menggunakan konkrit pratuang yang inovatif. Seterusnya, menerusi pengalaman luas, kami akan memanfaatkannya bagi meraih projek baharu dan kekal optimis bagi memenuhi keperluan pelanggan kami yang semakin meningkat sekaligus menerajui barisan hadapan di dalam industri.”

-Tamat-

MGB Berhad Clinches RM203.63 Mil Worth Of Contracts