Malaysian Generations Builder
Get A Quote

LBS And MGB Recognised At The Edge Malaysia ESG 2023 Award

Download PDF

LBG DAN MGB RAIH ANUGERAH ‘THE EDGE MALAYSIA ESG 2023’

Penghormatan kepada amalan ESG cemerlang di Malaysia

Petaling Jaya, 7 November 2023 – LBS Bina Group Berhad (“LBS”), pemaju perumahan terkemuka dan subsidiarinya, MGB Berhad (“MGB”) penyedia solusi perkhidmatan dan pembangunan hartanah, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa kedua-dua syarikat ini telah merangkul beberapa anugerah berprestij ‘The Edge Malaysia ESG Award 2023’ di dalam kategori Ekuiti. LBS telah dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Silver’ bagi ‘The Most Improved Performance Over Three Years,’ dengan peningkatan nilai permodalan pasaran dari RM 300 juta ke RM 800 juta di majlis tersebut. Bagi kategori Pembinaan, MGB telah berjaya merangkul anugerah ‘Silver’.  Anugerah-anugerah tersebut telah disampaikan kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Lucas Lim Kim Kiat dan Ketua Kelestarian Kumpulan, Shany Lim Chew Yee, di majlis penganugerahan yang berlangsung di The Grand Ballroom, Hilton Kuala Lumpur malam tadi. 

Anugerah The Edge Malaysia ESG merupakan kolaborasi di antara Bursa Malaysia dan FTSE Russell. Kategori Ekuiti ini telah dinilai menggunakan kaedah penilaian ESG FTSE Russell, yang selari dengan metodologi yang digunakan untuk mewujudkan Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia, salah satu tatacara piawaian industri yang diguna pakai untuk amalan ESG di Malaysia. Kriteria pemilihan pemenang telah diperhalusi dengan teliti oleh juruaudit rasmi dari Deloitte, sebuah firma audit terkemuka dengan kepakaran dan pengalaman luas di dalam menilai risiko korporat dan kedaulatan.

Mengulas kemenangan ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan LBS juga merangkap Pengarah Urusan Kumpulan MGB, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan berkata, “Pengiktirafan ini merupakan bukti dan dedikasi kami yang tidak berbelah bahagi di dalam mengendalikan operasi perniagaan dengan rasa penuh tanggungjawab. Kedua-dua organisasi telah berusaha keras untuk mencapai kecemerlangan dalam pemuliharaan alam sekitar, tanggungjawab sosial, dan amalan tadbir urus yang baik. Oleh itu, pengiktirafan ini merupakan validasi yang tepat pada masanya, terutamanya terhadap usaha berterusan kedua-dua buah syarikat untuk mengintegrasikan prinsip ESG ke dalam teras operasinya. Di masa hadapan, kami percaya bahawa pembangunan mampan bukan sekadar pilihan sebaliknya ia merupakan sebuah tanggungjawab dan komitmen utama kepada kesejahteraan bumi dan penghuninya.

Selaras dengan pengiktirafan ini, LBS dan MGB sepakat mengumumkan komitmen mereka untuk meningkatkan piawaian ESG di dalam operasi perniagaan mereka. Pada Mei 2023 lepas, kedua-dua syarikat ini menyatakan sokongan mereka terhadap Panduan Permohonan Penzahiran Kewangan Berkaitan Iklim (“TCFD”). Sebagai sebahagian daripada rancangan kemampanan yang komprehensif, kedua-dua syarikat telah memperincikan pelan hala tuju dengan tumpuan ke arah mencapai sasaran Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang tahun 2050. Pendekatan ini merangkumi langkah jangka panjang dan  pendek, dengan fokus utama terhadap mengintegrasikan prinsip ESG ke dalam strategi perniagaan dan operasi kami. Ini akan melibatkan langkah yang lebih proaktif seperti usaha nyahkarbon yang lebih berkesan sekali gus melibatkan penetapan harga karbon dalaman, penggunaan amalan perolehan dan rantaian bekalan yang mampan di samping pengenalan program pajakan hijau yang berinovatif untuk para pelanggan kami.

-Tamat-

LBS And MGB Recognised At The Edge Malaysia ESG 2023 Award