Malaysian Generations Builder
Get A Quote

SELANGOR CHIEF MINISTER LEADS KEY HANDOVER CEREMONY AT MGB’S RUMAH IDAMAN BSP

Download PDF

MENTERI BESAR SELANGOR SEMPURNAKAN MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH IDAMAN BSP


SELANGOR, 27 Ogos 2024 – Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor di bawah seliaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), dengan kerjasama MGB Berhad (“MGB”), penyedia solusi perkhidmatan pembinaan dan pembangunan hartanah, dan anak syarikat LBS Bina Group Berhad (“LBS”), hari ini mengadakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Idaman BSP di Bandar Saujana Putra, Selangor. 

Terletak di Bandar Saujana Putra, Rumah Idaman BSP merupakan rumah pertama daripada enam (6) buah projek Rumah Idaman MBI di bawah MGB Berhad, di bawah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk menawarkan kediaman mampu milik kepada semua rakyat yang berkelayakan dan menetap di Selangor.

Rumah Idaman BSP, sebuah pembangunan strategik di Bandar Saujana Putra, terdiri daripada 1,312 unit pangsapuri dua blok, dengan keluasan 19.30 ekar dan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM375 juta. Projek ini menawarkan pelbagai pilihan rumah mampu milik dengan reka bentuk pelan berbeza, bermula dengan harga RM250,000. Kesemua unit ini dibina dengan teliti untuk memenuhi kehendak pemilik rumah moden, dan dilengkapi dengan perkakas penting termasuk penghawa dingin, peti sejuk, almari, kabinet dapur televisyen, dan pemanas air.

Seperti semua pembeli kediaman LBS, pemilik Rumah Idaman BSP juga berpeluang untuk menyertai Keahlian eksklusif ‘LBS Perks & Plusses’, sebuah program kesetiaan pelanggan khas yang menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan yang membolehkan pembeli rumah Idaman BSP merasai pengalaman menarik di sepanjang perjalanan mereka memiliki kediaman baru ini.

Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Bin Shari, Menteri Besar Selangor, dan turut dihadiri oleh tetamu kehormat seperti YB Datuk Borhan bin Aman Shah, Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor; YB Dato’ Dr Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar bin Raja Salim, CEO PNSB; YBhg. Tan Sri Ir (Dr) Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB Berhad; YBhg Dato’ Dr. TPr. Juhari bin Ahmad, Pengarah Eksekutif LPHS; dan YBhg Tuan Isaac Lim, Timbalan Pegawai Eksekutif MGB Berhad.

Tan Sri Ir. (Dr) Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB, berkata, “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan untuk merealisasikan visi dalam menyediakan rumah mampu milik kepada semua rakyat Malaysia. Dengan pengalaman luas dalam industri pembinaan, MGB yakin dapat membina Rumah Idaman MBI yang berkualiti tinggi sekali gus menetapkan penanda aras baru bagi segmen rumah mampu milik Selangor. Sistem Pratuang IBS mengukuhkan lagi komitmen kami untuk menjadi penyedia penyelesaian perumahan dengan teknologi IBS yang canggih. Matlamat kami adalah memastikan pelancaran bagi projek Rumah Idaman MBI yang akan datang dilancarkan dengan baik sekaligus dilihat sebagai batu loncatan bagi pertumbuhan berterusan pada tahun-tahun akan datang.”

CEO PNSB, YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Bin Raja Salim berkata “Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan MGB dalam projek perumahan mampu milik kali ini. Perkongsian ini bukan sahaja sejajar dengan komitmen PNSB untuk meningkatkan akses perumahan rakyat tetapi juga menunjukkan dedikasi kami menyampaikan kualiti perumahan dan mutu nilai kepada masyarakat. Melalui jalinan kerjasama ini, ia telah memberi impak yang besar dalam menyediakan rumah yang berpatutan dan berkualiti tinggi untuk semua,”

YAB Dato’ Seri Amirudin menekankan komitmen teguh Kerajaan Negeri Selangor dalam memastikan kesejahteraan rakyatnya untuk menyediakan perumahan berkualiti tinggi dan selesa yang dilengkapi dengan kemudahan penting. Beliau yakin terhadap kejayaan Rumah Idaman BSP dan projek Rumah Idaman MBI yang lain, berikutan lokasi strategik dan harga yang mampu milik selain dilengkapi dengan perkakas asas, yang dapat meningkatkan kualiti hidup keseluruhan bagi penduduk Selangor.

-Tamat-

SELANGOR CHIEF MINISTER LEADS KEY HANDOVER CEREMONY AT MGB’S RUMAH IDAMAN BSP