Malaysian Generations Builder
Get A Quote

Sistem IBS Bantu MGB Bina Rumah Mampu Milik

Kuala Lumpur

MGB Berhad, bahagian kejuruteraan utama dan cabang pembinaan rasmi LBS Bina Group Berhad (LBS), mempunyai rekod prestasi cemerlang dalam membina projek pembinaan berkualiti tinggi.

Dengan keupayaan syarikat yang berdaya saing, ia bertanggungjawab dalam semua aspek berkaitan pembinaan rumah dari segi reka bentuk sehingga ke pembinaan.

Malah, ia turut meliputi perkhidmatan mekanikal dan elektrikal, penyelesaian kejuruteraan awam dan struktur serta infrastruktur.

MGB merupakan kontraktor dengan keupayaan sebagai pemaju perumahan, yang memberikan syarikat kelebihan ketara dalam menyampaikan projek mengikut masa dan bajet yang telah ditetapkan.

Lebih menarik, MGB mempunyai keupayaan kewangan syarikat di mana ia berupaya membiayai projeknya sendiri, dan mempunyai rangkaian jurubank yang sangat kukuh.

Kekuatan kewangan ini memberikan MGB keupayaan untuk melaksanakan projek berskala besar seperti pembinaan rumah mampu milik – Projek Rumah Idaman.

Antara kelebihan utama Rumah Idaman ialah penggunaan sistem pratuang Sistem Binaan Berindustri (IBS).

Komitmen pelaburan besar ke dalam sistem IBS dan peningkatan kepada kilang IBS membolehkan MGB meningkatkan kapasitinya kepada 6,000 unit IBS setiap tahun.

Ia adalah selaras dengan matlamat LBS untuk menjadi penyedia penyelesaian perumahan terkemuka melalui sistem IBS.

Antara kelebihan sistem IBS ini adalah ia dapat menjimatkan tempoh pembinaan.

Sistem pratuang IBS menghasilkan rumah dari panel yang diperbuat di kilang, sama seperti membina rumah menggunakan blok.

Sistem pratuang ini dapat menjimatkan masa dan mengurangkan penghasilan sisa binaan, selain membolehkan bangunan dibina dengan kos lebih cekap serta mampan.

Penggunaan reka bentuk yang sama untuk setiap unit Rumah Idaman memberikan kelebihan dari segi masa, menjadikan proses pembinaan lebih cekap di samping dapat mengekalkan binaan berkualiti.

Berikutan penggunaan IBS, kediaman yang ditawarkan di bawah skim Rumah Idaman boleh ditawarkan pada harga mampu milik dan boleh diakses oleh pembeli B40 dan M40, yang sering dikecualikan daripada pasaran perumahan disebabkan harga tinggi.

Komitmen MGB untuk menyokong dasar kerajaan dalam menyediakan projek perumahan pada harga mampu milik menyokong salah satu tunjang utama syarikat dalam bidang tanggungjawab sosial.

Ini kerana, Projek Rumah Idaman adalah satu titik perubahan bagi pasaran rumah mampu milik di Malaysia.

Dengan lokasi strategik, harga mampu milik serta penggunaan kaedah pembinaan yang inovatif menjadikan projek Rumah Idaman tarikan utama bagi bakal pembeli, terutamanya golongan B40 dan M40.

MGB telah membuktikan keupayaan dan kekuatan kewangannya melalui beberapa projek yang disiapkan tepat pada masanya dan mengikut bajet ditetapkan.

Melalui projek Rumah Idaman, MGB telah menjadi contoh kepada pemaju hartanah lain dalam usaha membantu menangani krisis kekurangan rumah mampu milik negara, agar impian untuk memiliki rumah dapat menjadi realiti.

Ia selaras dengan sasaran MGB untuk menyediakan 30,000 unit rumah mampu milik menjelang 2025.

Disiarkan oleh Harian Metro pada: Mei 12, 2023 @ 5:31pm