Selangor, 24 September 2026 – MGB Berhad (“MGB” atau “Kumpulan”), syarikat pembinaan, pembangunan hartanah dan pengeluar konkrit pratuang Sistem Binaan Berindustri (“IBS”), serta anak syarikat LBS Bina Group Berhad, telah menyerahkan Milikan Kosong (“VP”) bagi pembangunan Idaman Sari di Puchong pada hujung September 2026 lalu. 

Dibangunkan di bawah inisiatif Rumah Idaman MBI, Idaman Sari merangkumi 513 unit kediaman di atas tanah seluas 6.06 ekar. Setiap unit mempunyai keluasan binaan sekurang-kurangnya 1,000 kaki persegi, serta dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua petak tempat letak kereta. 

Dibina menggunakan teknologi konkrit pratuang IBS MGB, Idaman Sari mencerminkan komitmen berterusan Kumpulan dalam menyediakan kediaman berkualiti dan mampu milik untuk masyarakat di Selangor. 

Tan Sri Dato’ Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, Pengerusi Eksekutif Kumpulan MGB Berhad, berkata, “Penyerahan Milikan Kosong bagi Idaman Sari merupakan satu lagi pencapaian penting bagi MGB dan mencerminkan komitmen berterusan kami untuk menyediakan kediaman berkualiti kepada masyarakat. 

“Pencapaian ini amat bermakna kerana 513 pemilik rumah kini berpeluang memulakan lembaran baharu di kediaman baharu mereka. Kami kekal komited untuk menyediakan kediaman yang menawarkan ruang kehidupan berkualiti serta mewujudkan nilai jangka panjang untuk komuniti yang kami berkhidmat.” 

 –TAMAT–