Selangor, 3 Jun 2026 – MGB Berhad (“MGB” atau “Kumpulan”), syarikat pembinaan serta anak syarikat LBS Bina Group Berhad, tampil menawarkan pulangan dividen menghampiri 6%, disokong oleh dasar pembayaran dividen sebanyak 30%. Profil hasil stabil menyediakan aliran pendapatan konsisten, dan membantu mengurangkan kesan ketidaktentuan pasaran, sekaligus meningkatkan keterlihatan keseluruhan pulangan serta perlindungan terhadap risiko penurunan. Ini penting dalam tempoh ketidaktentuan makroekonomi, di mana konsistensi modal dan kestabilan pendapatan menjadi keutamaan pelabur.  

Bagi tahun kewangan 2025, MGB mengisytiharkan dividen sebanyak 2.57 sen, bersamaan dengan hasil pulangan sekitar 6% berdasarkan harga saham semasa iaitu 43 sen. Ini meletakkan MGB mendahului rakan industri dalam segmen pembinaan kediaman dengan modal pasaran sama, di mana lazimnya berada dalam lingkungan 2% hingga 5%. Berikutan itu, saham ini wajar diberi perhatian. Namun, kes pelaburan melangkaui hasil dividen memandangkan saham ini didagang pada nisbah harga kepada pendapatan (PER) terkumpul sebanyak 4.8 kali dan nisbah harga kepada nilai buku 0.4 kali, menandakan tahap rendah. 

Di sinilah MGB menunjukkan perbezaannya, di mana kekuatan utama terletak pada penyelesaian konkrit pratuang IBS yang memberikan kelebihan struktur aktiviti pembinaannya. Kumpulan mengendalikan fasiliti pratuang IBS dengan kapasiti kira-kira 100,000 m³ setahun di Malaysia dan 270,000 m³ setahun di Arab Saudi, menonjol skala keupayaan dalaman yang besar. Dengan menghasilkan komponen pratuang IBS secara dalaman, MGB dapat memudah dan memendekkan proses dan tempoh pembinaan, serta mengurangkan kebergantungan kepada kaedah konvensional yang mempunyai kelemahan. Ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan pelaksanaan, malah mengawal kos projek yang lebih teratur. Dalam industri yang sering berhadapan dengan kelewatan, kekangan tenaga buruh, dan lebihan kos, kawalan operasi sebegini begitu signifikan, dan membawa kepada margin konsisten serta keterlihatan pendapatan yang lebih baik dari semasa ke semasa. Kualiti ini amat penting bagi syarikat yang komited terhadap dasar dividen jelas, kerana pembayaran mampan bergantung kepada kekuatan dan kestabilan asas pendapatan. 

Pada masa yang sama, saluran pertumbuhan MGB menunjukkan momentum yang jelas. Baru-baru ini, Kumpulan memperoleh projek kuarters pekerja berpusat bernilai RM200 juta di Pulau Pinang. Sejurus itu, kumpulan turut mengumumkan kejayaan memperoleh kontrak utama di Arab Saudi, menandakan pengembangan berterusan ke rantau Timur Tengah. 

Pasaran Arab Saudi yang dipacu oleh inisiatif pembangunan infrastruktur dan bandar berskala besar menawarkan peluang pertumbuhan kepada kontraktor yang berkeupayaan melaksanakan projek berskala besar. Penyertaan MGB dalam pasaran ini bukan sahaja meluaskan jejak operasi malah mempelbagaikan asas pendapatannya selain daripada projek domestik. 

Melengkapi segmen pembinaan, bahagian pembangunan hartanah Kumpulan fokus kepada rumah mampu milik berharga antara RM300,000 hingga RM500,000 di lokasi strategik. Ini sejajar dengan permintaan besar pasaran, disokong data daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) menunjukkan bahawa rumah berharga di bawah RM500,000 menyumbang kira-kira 77% daripada transaksi perumahan di tahun 2025. 

MGB mempunyai buku pesanan pembinaan domestik sebanyak RM1.25 bilion, dengan tambahan RM0.48 bilion di Arab Saudi. Pada tahun ini, Kumpulan menyasar pengisian semula buku pesanan sebanyak RM900 juta merangkumi Malaysia dan Arab Saudi.  Selain itu, cabang hartanahnya menyediakan keterlihatan pendapatan tambahan, disokong oleh jualan belum dibil sekitar RM402 juta serta pelancaran projek hartanah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM1 bilion untuk tempoh dua tahun akan datang. 

Berdasarkan penilaian semasa, pelabur terdedah kepada satu kombinasi yang agak jarang ditemui dalam sektor ini. MGB menawarkan hasil dividen yang mengatasi rakan seindustri, disokong kecekapan operasi melalui keupayaan pratuang IBS, serta buku pesanan yang semakin berkembang didorong projek domestik dan antarabangsa. 

Bagi pelabur yang tidak hanya melihat saiz sebagai faktor penentu dalam sektor pembinaan, MGB menawarkan satu kes pelaburan menarik. Dengan dasar dividen jelas, kekuatan operasi yang semakin kukuh serta keterlihatan saluran pertumbuhan, ia mungkin merupakan satu nilai yang “tersembunyi di depan mata.” 

-TAMAT-